Langkau ke kandungan utama

Pameran Buku Antarabangsa Taipei Dibuka pada 4 Februari

  • Tarikh Penerbitan:2025-01-17
Pameran Buku Antarabangsa Taipei Dibuka pada 4 Februari

Pameran Buku Antarabangsa Taipei 2025 bakal diadakan mulai 4 Februari, dengan acara utama termasuk perbincangan menarik antara penulis terkenal Jepun, Yoshimoto Banana(吉本芭娜娜), dan pengacara terkenal, Kevin Tsai (蔡康永). Selain itu, kartunis bertaraf dunia, Chu Te-yung (朱德庸), juga akan menyertai pameran ini dengan sesi perkongsian buku terbarunya.

 

Tema Pameran Buku Antarabangsa Taipei tahun ini ialah "Dunia Membaca Luar Biasa," dengan Itali dipilih sebagai negara tema. Menurut Yang Ting-zhen (楊婷媜), Pengarah Biro Kemanusiaan dan Penerbitan Kementerian Kebudayaan, pameran ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik dengan lapan dewan tema, termasuk zon buku kanak-kanak, pembelajaran digital, manga dan novel ringan, sastera, buku bahasa asing, buku antarabangsa, buku pelbagai kategori, serta zon buku sivik. Pameran ini diharapkan dapat memberikan pengalaman membaca yang menyeronokkan kepada semua pengunjung.

 

Ketua Eksekutif Yayasan Pameran Buku Taipei, Wang Hsiu-yin (王秀銀), menyatakan bahawa pameran tahun ini menghimpunkan ramai penulis terkenal. Selain Kevin Tsai dan Chu Te-yung, penulis tempatan seperti Zhang Da-Chun (張大春), Hsieh Che-ching (謝哲青), Eric Wu (吳若權), dan Ayri Chang (張西) turut hadir.


Menurut Wang Hsiu-yin, pameran ini sentiasa terbuka untuk penyertaan kumpulan sekolah setiap tahun. Pada tahun ini, sebanyak 169 unit telah mendaftar dengan jumlah keseluruhan 5,007 pengunjung  terdiri daripada pelajar, guru, dan ibu bapa. Daripada jumlah tersebut, 127 adalah kumpulan awam, manakala 42 kumpulan disubsidi dari kawasan pedalaman.

 

Selain itu, penulis Yang Shuang-zi (楊双子), pemenang Anugerah Buku Kebangsaan Amerika Syarikat tahun lalu, bersama penterjemahnya Lin King (金翎), akan mengadakan sesi dialog pada hari pembukaan pameran dengan tajuk “Terjemahan merupakan pengembaraan Karya Asal – Dari “Taiwan Man-You-Lu” (sebutan dalam bahasa mandarin nama buku ini) ke Taiwan Travelogue."

 

Pameran Buku Antarabangsa Taipei 2025 akan berlangsung dari 4 hingga 9 Februari di Dewan 1, Taipei World Trade Center(TWTC). Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti, sila layari laman web rasmi Pameran Buku Antarabangsa Taipei: https://www.tibe.org.tw/.