Pemenang Anugerah Manga Antarabangsa Jepun ke-18, yang dianjurkan oleh Kementerian Luar Negeri Jepun, diumumkan pada 17 haribulan. Pelukis manga Taiwan, Zuo Hsuan(左萱), memenangi Anugerah Perak (Anugerah Kecemerlangan) dengan Jilid 2“The Banana Sprout”《芭蕉的芽》. Setelah mendengar berita tersebut, Tseng Chien-lung (曾鈐龍), Pengarah Pusat Budaya Taiwan di Pejabat Perwakilan Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Jepun, menyampaikan ucapan tahniah bagi pihak Menteri Kebudayaan, Li Yuan (李遠), kepada artis yang memenangi anugerah tersebut.
Anugerah Manga Antarabangsa Jepun yang ke-18, tahun lalu menerima sebanyak 716 penyertaan daripada 95 negara dan wilayah, jumlah tertinggi setakat ini. Tahun ini, 15 karya telah dipilih sebagai pemenang, termasuk satu Anugerah Emas (Hadiah Utama), tiga Anugerah Perak (Anugerah Kecemerlangan), dan 11 Anugerah Gangsa (Anugerah Penghargaan). Majlis penganugerahan dijangka berlangsung pada bulan Mac tahun ini.
“The Banana Sprout” berlatarkan tahun 1930-an di Kolej Taihoku (sekarang National Taiwan Normal University), menggambarkan kehidupan kampus dan semangat remaja para pelajar semasa zaman penjajahan Jepun di Taiwan. Diterbitkan oleh Gaea Books (蓋亞文化), sebuah penerbit terkemuka dalam industri manga Taiwan, karya ini meneruskan tradisi penerbit mencapai kejayaan luar biasa di Anugerah Manga Antarabangsa Jepun.
Menteri Kebudayaan, Li Yuan menyatakan bahawa dekad antara tahun 2018 hingga 2027 merupakan tempoh penting bagi industri manga Taiwan, yang digelar sebagai “Era Baharu Manga Taiwan.” Dengan sokongan dasar yang kukuh dan penyediaan sumber yang berterusan, Taiwan giat meningkatkan persekitaran kreatif serta memperkukuh ekosistem industri. Kejayaan berterusan artis manga Taiwan di peringkat antarabangsa menjadi bukti keupayaan manga Taiwan untuk menonjol dan bersinar di pasaran global.