Langkau ke kandungan utama

Majlis Perasmian Penyiapan dan Pemasangan Semula Nama di Monumen Hak Asasi Manusia

  • Tarikh Penerbitan:2025-05-09
Majlis Perasmian Penyiapan dan Pemasangan Semula Nama di Monumen Hak Asasi Manusia

Pada 24 April, Muzium Hak Asasi Manusia Negara (The National Human Rights Museum (NHRM)) telah mengadakan majlis perasmian memperkenalkan inskripsi nama yang telah dikemas kini pada Monumen Hak Asasi Manusia. Menteri Kebudayaan, Li Yuan (李遠), berkata bahawa bilangan nama pada monumen tersebut telah meningkat daripada 8,079 orang pada tahun 2015 kepada 12,060 orang kini, hasil penyelidikan berterusan terhadap pelbagai bahan sejarah sepanjang tempoh 10 tahun.

 

Monumen yang dibina pada tahun 2015 di Taman Peringatan Jing-Mei ini mengabadikan nama-nama mangsa penindasan politik semasa era pemerintahan autoritarian, dengan tahun penderitaan mereka diukir pada batu peringatan sebagai simbol ingatan dan penghormatan.

 

Li Yuan menyatakan bahawa Kementerian Kebudayaan telah mengemukakan draf “Akta Pemeliharaan Tapak Ketidakadilan” kepada Yuan Perundangan untuk semakan. Walaupun akta ini belum diluluskan, kementerian telah mula menerima permohonan awam bagi penubuhan “lokasi bermakna dalam konteks keadilan transisi  (transitional justice),” dengan harapan rakyat dapat memahami dan berhadapan dengan kebenaran tentang tempoh White Terror secara bersama.

 

Pihak muzium berharap bahawa kemas kini Monumen Hak Asasi Manusia ini dapat memberi penghormatan kepada semua mangsa pemerintahan authoritarian, sama ada yang dikenali atau tidak serta memastikan kerajaan dan masyarakat sentiasa mengingati setiap detik penderitaan mereka, mengambil iktibar daripada sejarah agar tidak mengulanginya, dan bersama-sama mempertahankan hak asasi manusia, demokrasi, keadilan, kebebasan dan keamanan di Taiwan.