Langkau ke kandungan utama

Tokoh Kesusasteraan Gergasi Hakka - Li Qiao

  • Tarikh Penerbitan:2024-11-26
Tokoh kesusasteraan gergasi Hakka - Li Qiao

Li Neng-qi (李能棋) (nama pena Li Qiao “李喬”) dilahirkan di Miaoli pada tahun 1934. Beliau adalah seorang penulis Hakka yang penting di Taiwan dan juga salah seorang novelis penting yang dilahirkan di Taiwan pada tahun 1930-an. Novel-novel beliau kebanyakannya ditulis dalam gaya realistik, menggambarkan manusia dan kerapuhan kehidupan mereka yang kebanyakannya menumpukan pada gambaran kehidupan masyarakat umum dan bertindak sebagai jurucakap untuk rakyat jelata . Karya beliau begitu kaya dan kandungannya pelbagai. Teknik penulisan yang sering diperbaharui, dan tidak terikat pada konvensi.  

 

Dia dibesarkan dalam keluarga yang miskin dan bapanya Li Mu-fang (李木芳) sering tidak berada di rumah selama bertahun-tahun kerana penyertaannya dalam gerakan anti-Jepun. Sumber kewangan keluarganya hanya bergantung kepada ibu beliau yang bekerja sebagai petani. Oleh itu, beliau sangat menghormati ibu sepanjang hayatnya. Semasa kecil, beliau dibuli kerana identiti bapa. Beliau juga menghadapi kematian adik-adiknya kerana masalah kewangan keluarga. Oleh demikian, pengalaman zaman kanak-kanak beliau memang mempengaruhi gaya penulisannya. Beliau lulus dari jurusan Sutera, Sekolah Menengah Vokasional Dahu Daerah Hsinchu (Sekolah Vokasional Dahu, “大湖職校”) pada tahun 1950 dan lulus dari Kolej Perguruan Hsinchu Provinsi Taiwan (kini Universiti Tsinghua Kebangsaan “國立清華大學”) pada tahun 1954. Semasa belajar di kolej perguruan, beliau telah didedahkan dengan falsafah klasik Cina serta Barat dan pengalaman membaca ini memberikan karya Li Qiao dengan pengaruh pemikiran Buddha dan dia juga mahir menggunakan teknik aliran kesedaran dan monolog dalaman di dalam aspek penulisan psikologi.

 

Li Qiao menerbitkan cerpen pertamanya "A Drinker’s Tale" (酒徒的自述) pada tahun 1959, memulakan kerjaya kreatif selama setengah abad. Karya penting termasuk "Wintry Night Trilogy" (寒夜三部曲), "Bitter Water Pit " (苦水坑), "The Spring of Lan Caixia "(藍彩霞的春天) dan karya lain. "Wintry Night Trilogy ” (寒夜三部曲) yang dilancarkan pada tahun 1977, dianggap karya yang paling penting. Ia adalah novel “roman-fleuve” yang terdiri daripada tiga novel termasuk "Wintry Night " (寒夜), "The Deserted Village " (荒村) dan "The Lone Lamp ” (孤燈) yang menggambarkan Taiwan semasa zaman penjajahan Jepun sebagai subjek penulisan, menunjukkan keagungan kasih sayang ibu, maruah dan penderitaan rakyat dan keterikatan kepada tanah air.

 

Kesusasteraan Li Qiao bermula daripada penciptaan cerpen pendek, beliau menumpu kepada inovasi teknik ekspresi dan penerokaan bentuk baru dalam usaha  membentuk falsafah hidupnya dalam dunia sastera beliau. Tahun 1962 hingga 1977 adalah tempoh kemuncak penulisan cerpen Li Qiao dan kemudian dia beralih kepada novel panjang. Beliau membahagikan novelnya kepada dua kategori, satu siri novel yang membentuk kesedaran tempatan, sosial dan novel bertema protes, yang satu lagi siri meneroka keperitan hidup dan penggambaran suasana kehidupan.

 

Pandangan budaya Li Qiao menekankan kepentingan masyarakat umum. Oleh demikian, beliau menggelar kampung halaman zaman kanak-kanak beliau sebagai "Ibu Bumi." Perbincangan budaya beliau adalah berdasarkan kesedaran tradisional dan pandangan sejarah yang diturunkan dan dipelihara dari generasi ke generasi. Beliau komited untuk mencari dan membentuk satu sistem budaya yang bebas dan tidak mengulangi kesilapan masa lalu yang hanya menjadi aksesori atau margin budaya lain. Karya sastera dan ulasan beliau semuanya membayangkan watak kolektif orang Taiwan dan konotasi budaya keseluruhannya. Matlamat akhir yang beliau kejar adalah untuk mewujudkan "budaya baru Taiwan" dengan ciri-ciri berdikari dan keperibadian melalui transformasi dan pembinaan semula budaya Taiwan supaya Taiwan boleh menjadi sebuah negara moden berdasarkan budaya. Sebagai seorang novelis dan pengulas budaya yang cemerlang, Li Qiao sering menerima undangan untuk memberikan ceramah dan kuliah di pelbagai universiti. Beliau juga pernah menjadi penyampai rancangan televisyen, dan berusaha tanpa henti untuk mempromosikan budaya Hakka dan kesusasteraan Taiwan.

 

Li Qiao telah memenangi pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Sastera Wu Sanlien (吳三連文藝獎) ke-4 pada tahun 1981, Anugerah Kritikan Wu Yongfu (巫永福評論獎) ke-14 pada tahun 1993, dan “Humanities Achievement Award” (人文科學成就獎) ke-9 “Taiwanese-American Foundation” (台美基金會) pada tahun 1995 dan “National Award for Arts” (國家文藝獎) ke-10 (Kategori Sastera) daripada The National Culture and Arts Foundation (NCAF) (財團法人國家文化藝術基金會) pada tahun 2006, beliau memang seorang penulis kontemporari Taiwan yang berwibawa.