Ethan Juan(阮經天)dilahirkan pada 8 November 1982 di Taichung. Pada tahun 2002, ketika menemani rakannya untuk uji bakat di Taipei, dia secara tidak sengaja ditemui oleh sebuah agensi model dan memulakan kerjayanya dengan membintangi MV “Love” Penny Tai(戴佩妮). Selepas itu, dia menandatangani kontrak dengan agensi model “Catwalk”(凱渥模特兒)dan terlibat dalam pertunjukan fesyen serta penggambaran iklan. Dia juga bekerjasama dengan diva terkenal seperti Faye Wong(王菲)dan A-Mei(張惠妹)dalam MV mereka dan bersama dua model lelaki lain dari agensi yang sama, Joseph Cheng(鄭元暢)dan Mike He(賀軍翔), mereka dikenali sebagai “Tiga Kesateria “Catwalk””(凱渥三劍客)。
Ethan Juan pertama kali berlakon dalam drama idola “Michael the Archangel's Dance” (米迦勒之舞), memainkan watak penari berbakat yang berperangai aneh dan berpengalaman cabaran yang pelbagai- “Ghost”. Perangai unik kewanitaan dan kejahatannya menarik perhatian pengarah Doze Niu (鈕承澤). Kemudian, dia membintangi drama idola SET TV “Green Forest, My Home” (綠光森林), memainkan watak pelakon lelaki kedua, Jin Yuanfang (靳元方), yang meningkatkan popularitinya. Selepas itu, dia berlakon dalam drama idola PTS “Wayward Kenting” (我在墾丁*天氣晴) yang diarahkan oleh Doze Niu (鈕承澤), memainkan watak Anan (阿南) yang pendiam dan murung. Lakonannya mendapat pengiktirafan luas dan dianggap sebagai salah satu daripada empat murid utama pengarah Doze Niu (鈕承澤).
Pada tahun 2008, Ethan Juan membintangi drama idola SET TV “Fated to Love You”, memainkan watak Ji Cunxi (紀存希), seorang usahawan muda yang perwatakan kebudak-budakan dan lembut tetapi baik hati. Ini adalah kali pertama Ethan Juan memegang watak utama selepas tujuh tahun dalam industri hiburan. Walaupun pada mulanya tidak mendapat sambutan, drama ini mencatatkan rating penonton yang tinggi dan mencetuskan fenomena sosial, membawa kerjayanya ke puncak. Pada tahun yang sama, dia dipilih sebagai “Raja Drama Idola” tahunan dan seterusnya membintangi drama idola SET TV “My Queen” (敗犬女王) yang mendapat rating tertinggi selama 21 minggu berturut-turut. “Wayward Kenting”, “Fated to Love You” dan “My Queen” semuanya dicalonkan untuk Anugerah Drama Terbaik dan Anugerah Pengarah Terbaik.
Pada tahun 2009, filem “Monga” (艋舺) yang diarahkan oleh Doze Niu, di mana Ethan Juan memainkan watak ahli gengster di Taipei pada akhir 1980-an dan turut ikut ke Pesta Filem Cannes di Perancis untuk mempromosikan filem ini. Pada bulan November tahun yang sama, dia memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik “ Golden Horse” ke-47, menjadi pemenang termuda dalam sejarah anugerah tersebut. Dia juga dicalonkan untuk Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Paling Popular dalam Pengundian Dalam Talian di Anugerah Filem Asia ke-5 serta Anugerah Pelakon Lelaki Paling Popular dalam Pengundian Penonton di Anugerah Filem Media Mandarin ke-11. Selepas memenangi anugerah tersebut, Ethan Juan mengalami tekanan besar dan waktu kemurungan. Selepas menamatkan perkhidmatan tentera, dia mengambil masa untuk menilai semula kemampuannya dalam lakonan. Selepas kembali berlakon, dia lebih tegas terhadap prestasinya sendiri dan kemudian berpindah ke China untuk mencuba pelbagai watak dan terus meningkatkan kemahiran dalam lakonannya.
Pada tahun 2013, Ethan Juan bersama Doze Niu dan Lee Lie menubuhkan syarikat pengurusan “Tian Liang Entertainment” (天亮娛樂). Selain menyertai pelbagai rakaman program hiburan di China, dia juga banyak terlibat dalam drama dan filem bertema cerita sejarah di China. Drama TV termasuk “Candle in the Tomb- The Weasel Grave” (鬼吹燈之黃皮子墳) dan “Legend of Fuyao” (扶搖), filem termasuk “Detective Dee: The Four Heavenly Kings” (狄仁傑之四大天王) dan “The Knight of Shadows: Between Yin and Yang” (蒲松齡). Ethan Juan pertama kali memainkan watak utama dalam drama sejarah China “Legend of Fuyao” (扶搖), watak Putera Mahkota Changsun Wuji (長孫無極) yang bijaksana dan berkuasa. Dengan itu, dia mendapat gelaran “Dewa Lelaki Generasi Baharu” yang meningkatkan popularitinya sekali lagi.
Ethan Juan telah berada dalam industri hiburan selama hampir 20 tahun. Melihat kembali perjalanan kerjayanya, dari drama idola hingga memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik “Golden Horse”, perjalanan ini boleh digambarkan sebagai “gelombang yang naik turun dengan banyak perubahan dan pengalaman yang mendebarkan”. Dalam satu wawancara, dia menggambarkan dirinya dengan lima perkataan: “intens, berpecah, kecoh, senyap, beremosi”. Dengan sepenuh tenaga, dia menghadapi cabaran dan berusaha untuk menyederhanakan yang kompleks dengan profesionalisme. Ini merupakan daya hidup unik Ethan Juan (阮經天) dan itulah sebabnya beliau dapat bersinar dalam industri hiburan.