Kumpulan Seni Kebudayaan Chio-Tian (九天民俗技藝團) (selanjutnya disebut “Chio-Tian” (九天)) yang ditubuhkan oleh ketua kumpulan Hsu Chen-jung (許振榮) pada tahun 1995, awalnya adalah kumpulan tradisional yang tampil di perarakan festival kuil. Seiring dengan pergantian generasi baharu, keterampilan mereka dalam pertunjukan telah meningkat menjadi seni pertunjukan yang menyajikan persembahan seni yang kaya dengan nilai kebudayaan dan artistik, menjadikannya salah satu kumpulan pertunjukan yang mewakili aset budaya berharga Taiwan. Seiring dengan perubahan zaman untuk memastikan transformasi dan warisan budaya rakyat tradisional dapat berkelanjutan, Chio-Tian berkomitmen untuk berinovasi dan berubah, terus meningkatkan keterampilan, memperkaya konten pertunjukan dan memperkuatkan segi artistik pertunjukan, secara bertahap meningkatkan kesenian dan profesionalisme pertunjukan tradisional festival kuil tempatan ini. Hsu Chen-jung merenung bahawa di masa lalu, pertunjukan tradisional “Din Tao” (陣頭) sebagian besar dilakukan demi sara hidup, tanpa perancangan yang jelas dalam hal mengenai penempatan kakitangan, mutu pertunjukan, pemasaran, pengurusan kewangan dan lainnya. Dia mendorong anaknya, Hsu, Huai-wen melanjutkan pelajaran di Universiti Nasional Seni Taipei dan belajar pengurusan seni dan pengetahuan lain sehingga budaya “Din Tao” dapat bertransformasi dan diwariskan secara berkelanjutan.
Hsu Huai-wen (許懷文) berkongsi bahawa kunci keberhasilan transformasi Chio-Tian terletak pada kesediaan untuk menerima cadangan daripada para pakar serta keinginan untuk berubah yang menginspirasikan lebih banyak kemungkinan untuk “Din Tao”. Untuk itu, Chio-Tian merekrut guru profesional dalam bidang muzik, tarian, drama, seni bela diri dan lainnya dengan ketua kumpulan mengajarkan pengetahuan budaya rakyat kepada para guru, melalui pertukaran dan integrasi lintas disiplin ilmu, memaksimakan keberkesanan latihan dan pertunjukan supaya setiap anggota kumpulan dilatih menjadi seorang seniman yang profesional, pada masa yang sama juga meningkatkan tahap pertunjukan seni kebudayaan rakyat.
Anggota kumpulan melalui pembelajaran ilmu seni dan pelatihan, menumpahkan masa dan tenaga mereka dalam pertunjukan, bersama-sama mendorong pengembangan seni “Din Tao” di Taiwan, menjadikan “Teater Festival Kuil” (廟會劇場) sebagai estetika baharu, memberikan hidup baharu kepada budaya festival kuil tradisional Taiwan. Selain meningkatkan unsur kesenian “Din Tao” secara berterusan, Chio-Tian juga bersemangat untuk menyumbang kepada masyarakat. Dengan itu, kaunselor profesional dan guru diundang. Melalui pesona pertunjukan “Din Tao”, hati remaja tercicir disentuh dan ini menimbulkan minat mereka terhadap seni pertunjukan dan seterusnya membawa mereka balik ke jalur hidup yang normal serta membina keyakinan diri dan bersama-sama menuju sasaran menjadi bakal seniman profesional.
Pada tahun 2012, film bertema “Din Tao” yang diadaptasi daripada kisah sebenar Kumpulan Seni Kebudayaan Chio-Tian memicu gelombang inspirasi dan emosi di kalangan masyarakat, membuat Chio-Tian menjadi kumpulan seni indikatif yang mewakili Taiwan. Selepas bertransformasi, Chio-Tian mulai menarik perhatian media dan unit budaya daripada pelbagai pihak, bahkan panggung antarabangsa dengan stesen television, radio, surat khabar dan majalah bersaing untuk melaporkan kisah Chio-Tian. Malah jemputan daripada lembaga seni juga terus diterima. Pada masa yang sama, guru dan seniman juga diundang ke sekolah, komuniti dan organisasi untuk menjadi pelatih pengajaran, menyebarkan warisan seni rakyat Taiwan dan budaya “Din Tao”.
Pada tahun 2012, Chio-Tian bekerjasama dengan Orkestra Muzik Nasional Taiwan (台灣國樂團) , menjadi kumpulan “Din Tao” pertama yang membawa seni rakyat ke Dewan Konsert Nasional. Pada tahun yang sama, mereka dijemput untuk melakukan pertunjukan di Penghargaan Filem “Golden Horse” ke-49. Selama bertahun-tahun, Chio-Tian tidak hanya mengambil bahagian dalam pelbagai pertunjukan sempena acara perayaan besar di dalam negera, tetapi juga dijemput untuk melakukan pertunjukan ke Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Korea, Afrika, China, Malaysia, dan tempat-tempat lainnya. Pertunjukan Chio-Tian di luar negera, dengan Dewa San Taizi (三太子) yang berunsur oriental serta bunyi gong dan gendang yang menggema, menjadi pertunjukan budaya yang paling menarik bagi orang asing. Bagi orang Taiwan yang menetap di luar negera pula, ini membangkitkan kenangan terdalam tentang kampung halaman mereka.
Sebagai kumpulan pertunjukan seni yang paling besar dan profesional di dalam negera, Chio-Tian telah berulang kali diakui oleh Bandaraya Taichung dan Dewan Pembangunan Budaya (sekarang Kementerian Kebudayaan) sebagai kumpulan pertunjukan luar biasa dan kumpulan bantuan nasional yang unggul (kumpulan pertunjukan tahap nasional). Chio-Tian akan komited untuk mempromosikan dan mewariskan budaya rakyat Taiwan yang paling indah, mendorong industri kreatif budaya Taiwan dan terus menganggap usaha untuk mempromosikan Taiwan ke seluruh dunia sebagai tanggungjawab sendiri serta komited untuk melangkah maju ke pentas antarabangsa.