Rumah Merah Ximen (西門紅樓) yang siap dibina pada tahun 1908 sehingga sekarang telah berusia lebih dari seratus tahun adalah salah satu pasar awam yang terawal dibina oleh kerajaan Taiwan.Ia juga merupakan bangunan pasar perbandaran bersejarah tertua yang masih dipelihara dengan lengkap sampai hari ini. Bangunan dari zaman penjajahan Jepun ini telah mengalami kepelbagaian budaya daripada Jepun, Shanghai, Barat dan lain-lain. Pada awalnya, ia berfungsi sebagai pasar awam untuk orang ramai. Pada tahun 40-an dan 50-an, menjadi tempat pengumpulan barangan pelbagai budaya dari China dan pada tahun 60-an, Pasar ini menjadi tingkap menyerap tamadun dan ideologi barat dan periuk lebur pelbagai bagi budaya, perdagangan dan sejarah. Rumah Merah yang berusia 100 tahunnya selalu bergaya avant-garde, moden, baharu dan pelbagai.
Rumah Merah Ximen (西門紅樓) pada asalnya adalah pasar yang dibina dengan kayu ringkas di luar pintu barat kubu kota Taipei pada tahun 1896. Kemudian pada tahun 1908, ia secara rasmi dibina dengan bangunan merah bersegi lapan dan bangunan berbentuk salib. Ia juga dipanggil "Pasar Jalan Xinqi" (新起街市場) yang berkhidmat kepada penduduk berhampiran Ximen pada masa itu. Bangunan itu direka oleh Kondo Juro, seorang arkitek Jepun yang bekerja di Bahagian Penyelenggaraan Pejabat Gabenor Taiwan dan mahir dalam gaya seni bina barat. "Reka bentuk oktagon" sebagai pintu masuk ke pasar dan "Reka bentuk salib" sebagai bahagian utama pasar. Dewan Oktagon yang baru siap itu juga dikenali sebagai "Menara Bagua" (八卦樓). Ia mempunyai bentuk yang unik dengan salib dan “Bagua” (八卦) dengan tujuan menindas roh kejahatan dan memohon keberkatan menurut legenda tempatan. Rumah Merah adalah nama yang hanya digunakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Nama asalnya ialah "Dewan Oktagon Pasar". Dinding Dewan Oktagona diperbuat daripada bata merah, lantainya diperbuat daripada konkrit bertetulang tetapi bumbungnya diperbuat daripada rangka keluli yang sangat tersendiri iaitu berbentuk rusuk payung yang memancar. Pada masa ini, bangunan oktagon dan bangunan salib bersama dengan dataran selatan dan utara bersebelahan secara kolektif dikenali sebagai "Bangunan Merah Ximen".
Selepas Kerajaan Kuomintang (KMT) datang ke Taiwan, ia berubah menjadi tempat perhimpunan untuk pelbagai persembahan seni dan budaya, termasuk Opera Huyuan Peking (滬園京劇), Pentas Xiàng shēng (相聲) Rumah Merah dan teater drama yang menjadi tempat kelegaan jiwa pendatang China. Nama "Teater Huyuan" (滬園劇場) telah ditukar berkali-kali dari "Ruang Teh Huyuan" (滬園茶室), "Teater Awam" (大眾劇場) sehingga "Teater Rumah Merah" (紅樓劇場). Pada masa itu, pengaruh pemikiran barat amat popular. Filem hitam putih Wuxia (武俠), filem barat tayangan pusingan kedua, dan filem sejarah kostum tradisional menjadi filem-filem yang ditayangkan di Teater Rumah Merah. Walau bagaimanapun, apabila pawagam baharu muncul di kawasan sekitar, Teater Rumah Merah tidak dapat bersaing kerana bangunan yang tidak terpelihara dan peralatan tayangan lama, sehingga hanya menjadi sebuah teater yang menayangkan filem erotik. Pada masa yang sama, disebabkan oleh pembangunan bandar beralih ke timur, kedai-kedai di sekeliling menutup perniagaan satu demi satu menjadikan keseluruhan kawasan ini merosot beransur-ansur.
Beberapa ahli seni dan cendekiawan tidak sanggup melihat kemerosotan Rumah Merah. Oleh itu mereka melancarkan pameran “Impian Rumah Merah – Cinta akan Ximen” (紅樓夢.西門情) pada tahun 1994 dengan aktiviti persembahan termasuk Kuaibanshu (竹板快書) (satu bentuk persembahan bercerita lisan yang popular di utara China), teater kecil, nyanyian lagu rakyat, Na-gá-sih ala Tâi-gí (台語那卡西)(bentuk muzik popular tradisional di Jepun dan Taiwan), pelbagai kumpulan tarian dan persembahan lain untuk menghidupkan Rumah Merah. Tiga tahun kemudian, kerajaan bandar Taipei secara rasmi menetapkan Rumah Merah Ximen sebagai Tapak Bersejarah Gred Tiga. Pada tahun yang sama, Teater Rumah Merah menutup perniagaan dengan rancangan diubahsuai menjadi muzium filem. Pada tahun 2000, satu kebakaran besar mengakibatkan Bangunan Salib dan Pasar Ximen di sekeliling mengalami kerosakan yang serius. Dengan itu, Yayasan Kebudayaan dan Pendidikan Kincir Angin Kertas (紙風車文教基金會) mengambil tanggungjawab untuk menjalankan projek "Pembinaan semula tapak bersejarah Teater Rumah Merah".
Yayasan Kebudayaan Bandaraya Taipei (台北市文化基金會) mengambil alih Rumah Merah Ximen pada tahun 2007 dan melancarkan bazaar kreatif, merancang lawatan berpandu, menjemput seniman budaya dan kreatif datang berniaga, platform persembahan muzik terbuka dan sebagainya membuat Rumah Merah Ximen tempat tarikan seni dan budaya ikonik. Pada tahun berikutnya, Rumah Merah Centennial memenangi Anugerah Penghidupan Semula Ruang Bersejarah di Anugerah Landskap Bandaraya Taipei ke-7. Kemudian, "Pasar Budaya dan Kreatif Timur-Barat" telah dilancarkan bersama dengan Taman Kreatif dan Budaya Songshan (松山文創園區) menyediakan platform perkembangan kepada seniman budaya dan kreatif melalui aktiviti merentas ruang dan kawasan. Tahun 2016, Bangunan Oktagon mengalami penutupan skala terbesar dalam satu abad untuk pengubahsuaian. Dua tahun kemudian, Rumah Merah Centennial dibuka semula sepenuhnya, meletakkan dirinya sebagai "Ruang Tamu bahagian barat Taipei” demi menghidupkan semula kemegahannya.