Pameran Seni Cetakan Dwitahunan Antarabangsa Ke-21 Taiwan R.O.C.
Peraturan Pendaftaran
1. Objektif
Matlamat pameran dwitahunan ini adalah untuk mempromosikan kreatif seni cetak dan pertukaran budaya antarabangsa dengan penyertaan artis berbakat di seluruh dunia. Melalui proses pertandingan dan pameran, acara ini akan menjadi platform utama pertukaran seni dan budaya bersama memperkayaan masa hadapan seni cetak yang berkepelbagaian.
2. Jadual Operasi
November 2023 Pengumuman peraturan
25 Disember 2023 Pendaftaran bermula
5 Februari 2024 Pendaftaran tamat
Mac 2024 Pemilihan awal dalam talian
20 Mac 2024 Pengumuman keputusan pemilihan awal
21 Mac 2024 Mula penyerahan karya asli
25 April 2024 Tamat penyerahan karya asli (Karya yang dihantar selepas 25 April 2024 tidak akan dilayan)
7 Jun 2024 Pengumuman senarai pemenang
Penghujung Julai/ Awal Ogos 2024 Majlis perasmian dan anugerah (jadual tertakluk kepada perubahan, pengumuman lanjut akan dibuat sekiranya terdapat kemas kini)
Julai-Oktober 2024 Tempoh pameran (jadual tertakluk kepada perubahan, pengumuman lanjut akan dibuat sekiranya terdapat kemas kini)
Sebelum 31 Disember 2024 Pemulangan karya terpilih (kecuali karya yang memenangi anugerah)
※Nota: Sekiranya terdapat pindaan jadual, sila rujuk kepada notis penganjur, yang juga akan diumumkan di laman web Muzium Seni Halus Nasional Taiwan dan Pameran Seni Cetakan Dwitahunan Antarabangsa 2024.
3. Maklumat kontak dan Alamat penghantaran
Pejabat Pameran Seni Cetakan Dwitahunan Antarabangsa Ke-21 di Muzium Seni Halus Nasional Taiwan
No. 2, Sec. 1, Wu-Chuan W. Road, Taichung 403414, Taiwan, R. O. C.
Tel: +886-4-23723552 ext 713 atau 702
Faks: +886-4-23754730
Emel: print21@art.ntmofa.gov.tw