FUNGSI
Objektif Pelan
Mengimbangi pembangunan budaya antara kawasan bandar dan luar bandar, mewujudkan ruang budaya yang pelbagai, dan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengambil bahagian dalam aktiviti seni dan budaya yang berdekatan.
Pelan Strategi
Bagi memenuhi keperluan dan kebolehlaksanaan pembangunan budaya masa depan serta mengambil kira ciri-ciri budaya tempatan, integrasi kemudahan budaya tempatan perlu dibina atau diperbaiki dan dikekalkan secara lestari. Dalam menghadapi pertumbuhan populasi negara yang semakin perlahan, penuaan struktur demografi dan penurunan kadar kelahiran pada masa depan, pembangunan prasarana budaya harus memenuhi keperluan pembangunan sosial dan budaya Taiwan serta bertujuan untuk meningkatkan fungsi perkhidmatan perisiannya. Pada masa yang sama, kemampuan kewangan kerajaan tempatan juga perlu dipertimbangkan.
TUGAS UTAMA
Kandungan Pelaksanaan
Dengan mempertimbangkan populasi pengguna seni dan budaya setempat, trend perkembangan masa depan, isu persaingan tapak pusat berdekatan, dan cara pengurusan operasi, melalui pengagihan aliran pengkhususan profesional dalam seni dan budaya, mempertingkatkan fungsi profesionalisme, kualiti perkhidmatan dan bakat prasarana budaya yang sedia ada, memperkukuhkan kerjasama antara institusi dan pertukaran antarabangsa, menyediakan tempat persembahan berkualiti demi memenuhi perkembangan pelbagai budaya dan seni.
Pembangunan Masa Depan
Terus mempromosikan penubuhan atau peningkatan infrastuktur kemudahan kebudayaan di peringkat pusat dan membantu peringkat tempatan untuk mengimbangi pembangunan budaya bandar dan luar bandar. Ini bertujuan menyediakan persekitaran budaya dan kualiti perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.